tag:blogger.com,1999:blog-5489223563953071422023-08-08T18:11:55.848+08:00cik kiera punya belog :)nursyakierahttp://www.blogger.com/profile/14734766200360849841noreply@blogger.comBlogger2125tag:blogger.com,1999:blog-548922356395307142.post-15645191383609583222011-06-01T00:41:00.003+08:002011-06-01T00:48:54.990+08:00Si Bintang Leo (:Ada di antara rakan kamu yang mula menjauhkan diri dari kamu. Mungkin rakanmu itu terasa hati dengan tindak tandukmu yang mudah berprasangka buruk pada orang lain.

Percintaan:

Aduhai, aku merindukan kamu!!

Karier/Akademik:

Komitmen pada kerja/tugasan membuatkan kamu tidak ada waktu untuk bersosial.

Kewangan:

Hmm..sedang kira bajet bulan ini. Cukup ke tak ek??

ps ; info dari REMAJA (:nursyakierahttp://www.blogger.com/profile/14734766200360849841noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-548922356395307142.post-89701739305867823682011-06-01T00:36:00.001+08:002011-06-01T00:41:22.217+08:00Padah Online 24 JamKETAGIHAN?

Individu boleh diklasifikasikan sebagai ketagih Internet jika seluruh kehidupannya tertumpu untuk menggunakan Internet sahaja sehingga mengganggu kehidupan peribadi, sosial dan bermasyarakat. Istilah ketagihan ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya. Jika individu cuma membuka Internet sekali-sekala, perlakuan tersebut masih dikategorikan wajar. Ketagihan hanya boleh dilabelkan kepada individu yang tidak boleh bekerja atau bersosial kerana terlalu sibuk dengan internet sepanjang masa. Contohnya, mangsa akan memulakan aktiviti hariannya dengan Internet sejak dari awal pagi sehingga membuatkannya malas ke kolej atau pejabat. Ataupun, sepanjang berada dalam mesyuarat, si mangsa tidak pernah lekang dengan telefon pintar miliknya. Perlakuan tersebut memang tidak wajar.

REALITI YANG TAK INDAH

Rata-rata mereka yang ketagihan Internet ini berpunca daripada rasa ‘puas’. Kepuasan itu hanya akan mereka peroleh menerusi dunia maya! Secara realitinya, si mangsa mungkin memiliki keperibadian yang agak pemalu. Namun di alam maya, karakternya adalah sebaliknya. Tidak memiliki ramai teman dalam kehidupan nyata? Segala-galanya boleh berubah menerusi Internet. Mangsa boleh berbual dengan ratusan atau ribuan teman baru setiap hari. Ingin menghiburkan diri ke luar negara tetapi tiada simpanan yang mencukupi? Hanya dengan melayari laman-laman web tertentu sesiapa sahaja boleh menikmati gambar-gambar indah negeri atau negara yang ingin dilawati tanpa perlu berbelanja. Apa yang kamu perlu lakukan hanyalah browsing.

PENURUNAN KUALITI HIDUP

Jika sudah ketagihan, tentu banyak impak negatif yang bakal terjadi. Baik dari kesihatan, ekonomi hinggalah kehidupan sosial individu. Terlalu lama merenung komputer sewaktu menggunakan Internet, boleh mengakibatkan computer vision syndrome iaitu pandangan menjadi kabur serta timbulnya gangguan lain pada matanursyakierahttp://www.blogger.com/profile/14734766200360849841noreply@blogger.com0